Platform pemasaran digital, Johor Tourism Interchange (JTI) terus komited dengan misinya dalam merancakkan semula industri pelancongan di Johor menerusi medium digital.<br /><br />Susulan itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) temeterai antara JTI bersama Pinetree Marina Resort, Fraser Place Puteri Harbour, dan Hard Rock Cafe Puteri Harbour bagi memperkasakan usaha berkenaan.